Surah Al-Mumenoon. 23/1-11.& 112-118.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11)
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113) Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114) Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (116) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. (117) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat! (118)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Doa angin ahmar.

A topnotch WordPress.com site by maiaitee.

Anta Maksudi

Just another blog by MaiAitee.

Angry mee.

4 out of 5 dentists like this blog by MaiAitee.

3 white days.

A fine WordPress.com site by Maiaitee.

Burung Pungguk Jelapang.

A blog by Taman Abadi.

Medan kawan lama.

This is another blog by Maiaitee.

MaiAitee

Just another blog by MaiAitee

Aisuka.

A topnotch blog by Maiaitee.

Zaman BX909

A blog by Park Nick 2012.

Bizcoat.

Smile! You’re at the best Maiaitee's blog ever.

Pentas Maya.

This WordPress.com site is maitee's pet blog.

Up Day Thing

Just another blog by BasTingTong.

Aku orang miskin.

This is another blog by MeeCelop.

Cubatrytes.

Tanda Allah benci ialah Dia mudahkan kita melihat kesalahan orang lain. Waallahu aklam.

Singah Sana

The greatest WordPress.com site in all the land! by msi1020.

Pak Nik

A fine WordPress.com site by pak nik

Park Nick.

This WordPress.com site is created by parknick2012.

My Axe Press Blog

Just another BeeGorr's blog.

Alif laam mimm.

This great WordPress site is created by msi 1020 & co.

Zaman Tok Adam.

This WordPress.com site is Beegorr's best blog.

%d bloggers like this: